f

bb

Dalam Sujud Cintaku by Halim

Lelaki Solat Pakai Jeans, Wanita Tanpa Telekung | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Lelaki Solat Pakai Jeans, Wanita Tanpa Telekung | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Pengajaran Tsunami Jepun: Erti Sebenar Kemajuan

Pengajaran Tsunami Jepun: Erti Sebenar Kemajuan: "Surut sahaja tsunami, walau terlopong kedai terbuka tanpa penjaga, TETAPI tiada seorang pun yang cuba panjang tangan untuk mengambil kesempatan dari ketiadaan penjaga kedai tersebut."

:Di Kala Hujan:

:Di Kala Hujan:

Dalam diri sedang menghadapi rencah kehidupan

Aku selalu terfikir

Kalaulah aku mati secara tiba-tiba

Kalaulah Allah mengambil nyawaku diwaktu ini

Sudah cukupkah amalanku selama aku hidup?

Sudah cukupkah kebaikan yang aku buat?

Sudah cukupkah segalanya untuk menampung dosa-dosaku yang lepas?

Ya Allah,

Gerun rasanya hati ini

Tatkala mengingati segala amaranMu di dalam Kitab Sucimu, Al-Quran

Tapi…

Apa yang aku masih buat?

Apakah sumbangan yang telah aku berikan?

Pada diriku?

Pada keluargaku?

Agamaku?

Di mana mahuku cari suntikan iman?

Jawapannya…

Di dalam diri aku sendiri..

Aku sendiri yang perlu menyuntik kembali imanku..

Tuhan…

Bantulah aku…..

Tarbiyyah itu PETROL

Oleh: Azizul Salehuddin, Chez

Kenderaan bermotor dan bahan api tak dapat dipisahkan. Ada kenderaan bermotor menggunakan petrol, ada yang guna benzene, ada yang guna kerosene, ada juga yang guna NGV. Kenderaan hybrid terbaru menggunakan hydrogen sebagai bahan api. Bagi kereta biasa di Malaysia, bahan api yang popular adalah petrol tanpa plumbum RON 98. Walau apa pun bahan api yang digunakan, yang penting, ia diperlukan untuk menghidupkan enjin seterusnya menggerakkan kereta.

Jom kita ambil sedikit ibrah daripada kisah kereta Perodua Kancil dan minyak petrol tanpa plumbum RON 98.

Untuk menghasilkan pembakaran dan menggerakkan piston dalam enjin, petrol perlu masuk ke dalam enjin terlebih dulu. Bekalan petrol yang mencukupi untuk enjin sangat penting. Maka, untuk setiap perjalanan, tangki petrol perlu sentiasa diisi.

Dalam sebuah perjalanan, kereta Kancil akan bergerak selagi mana petrol cukup. Sekiranya petrol kering dan tidak diisi, enjin kereta Kancil tak dapat meneruskan kerja lantas membantutkan perjalanan. Jika pedal minyak ditekan walaupun petrol telah kering, enjin akan terus mati. Setelah enjin mati, ia tak dapat dihidupkan terus setelah mengisi petrol ke dalam tangki. Ia tidak semudah memulas punat kunci. Sedikit isipadu petrol perlu di masukkan ke dalam enjin. Kerja ini agak susah dan leceh untuk dilakukan.

Sebab itu lah, isipadu minyak perlu sentiasa berkadar langsung dengan sejauh mana kilometer perjalanan. Lebih jauh dan laju kereta Kancil memecut, lebih banyak petrol yang diperlukan. Bekalan perlu sentiasa cukup. Andai bekalan petrol hampir kering, kereta Kancil perlu singgah di mana-mana stesen minyak untuk isi tangki. Bekalan yang baru akan menampung perjalanan seterusnya.

Semasa mengisi tangki di stesen minyak, pemilihan jenis bahan api mesti tepat. Jika enjin petrol diisi dengan diesel, rosak lah kereta. Perjalanan terus terhenti. Kena singgah bengkel untuk baiki enjin. Kereta Kancil tersadai 2-3 hari. Rugi masa, rugi tenaga, rugi duit dek kesilapan memilih bahan api.

Petrol Dalam Dakwah dan Tarbiyyah

Dakwah ini perjalanan yang sangat jauh dan panjang. Bekalan yang sufficient atau lebih sangat-sangat diperlukan untuk meneruskan jalan ini. Seorang akh atau ukht akan pendek nafasnya atas jalan ini andai bekalannya tidak mencukupi. Demikian kaitannya dengan petrol RON 98. Tarbiyyah umpama petrol dalam perjalanan dakwah. Usrah, halaqah, daurah, jaulah etc. adalah stesen-stesen minyaknya. Tugas-tugas dakwah tak dapat diteruskan andai bekalan tarbawi tak mencukupi. Bagaimana mungkin seorang akh mampu bergerak sedang jiwanya kosong. Atas dasar apakah yang mampu menggerakkannya di atas jalan dakwah yang panjang dan berliku ini.

Andai seorang dae’i itu terus memaksa dirinya atau dipaksa untuk menjalankan tugas-tugas dakwah sedang bekalannya tidak cukup, mungkin berlaku seperti enjin kereta Kancil yang kehabisan petrol. Ia akan terhenti. Untuk menggerakkannya kembali, usaha yang lebih sukar dan leceh diperlukan, sama macam mengisi petrol ke dalam enjin yang letaknya jauh di dalam bonet.

Begitu juga halnya jika seorang akh mendapatkan bekalan tarbawi yang tidak tepat. Instead of petrol iman, diesel jahiliyyah yang diisi ke dalam tangki enjin hatinya. Jika ini berlaku, rosaklah hati si akh tersebut dan memaksa proses pembaikan yang mungkin memakan masa yang lama. Banyak juga tenaga, masa dan wang yang perlu dilebur. Nauzubillaah.

Begitulah halnya jalan ini. Bekalan iman yang mendalam dan berterusan adalah pembakar enjin dakwah ini. Hanya tarbiyyah yang berterusan mampu membekalkannya.

Bagaimana tarbiyyah kita? Cukupkah untuk perjalanan yang panjang, jauh dan payah ini?

Wallaahua’lam.


Sumber:dakwah.info

Peranan Hati

Sabda Rasulullah S.A.W:

"Sesungguhnya dalam jasad manusia itu ada segumpal daging bila keadaannya baik maka baik pula seluruh anggotanya dan bila rosak, rosak pula seluruh anggota badannya. Ketahuilah bahawa itu adalah hati."


Kata-kata Imam Ghazali r.h:

"Sesungguhnya manusia ini menyediakan dirinya bagi ma'arifah adalah dengan hatinya dan bukannya dengan sebarang anggota badannya. Maka hatilah yang mengetahui Allah, mendekati-Nya dan bekerja keranaNya. Hatilah yang menuju kepada Allah. Dan sesungguhnya anggota badan itu adalah pengikut, pelayan dan alat yang dipergunakan oleh hati.

"Hati yang diterima Allah adalah apabila ia selamat sejahtera daripada selain Allah. Hati itu terdinding daripada Allah apabila ia bergantung kepada selain Allah.

"Hatilah yang mencari dan hatilah yang berbicara. Hatilah akan rasa bahagia apabila dekat kepada Allah. Hatilah yang taat setia kepada Allah. Dan ibadah-ibadah yang terhasil pada anggota badan dan segala sifat terpuji itu adalah lahir daripada hati.

"Dengan gemerlap dan bersinarnya hati maka lahirlah kebaikan. Dengan gelapnya hati maka lahirlah kejahatan. Apabila manusia telah mengenali hatinya maka dia akan kenal dirinya, maka akan kenal Tuhannya."



Tuhan, Jagalah Hatiku Selalu....

Wallahualam...

huhu..lame tak menulis...

Assalamualaikum...
apa kabr iman kawan2 semua..dah lame tak menulis..bukan takder ape yang hendak dituliskan..ade tuh mmg ade tp kadang2 bile dah mengadap blog nih,tbe2 mood utk menulis tuh takder..dan otak yang penuh dengan bahan untuk diluahkan tbe2 juga menjadi kosong seperti tak pernah berfikir..adakah disebabkan kurang membaca sekarang ni?emm..mungkin juga..



and one of the reason sebab takut org yg membaca nih tak dapat ape2 manfaat dri penulisan ni..bukanlah niat saya nak buat blog nih untuk menceritakan sesuatu benda tanpa org lain mendpt manfaatnya..huhu..Semoga Allah kekalkan niatku ini...yerla ape yg kite buat sekarang nih,pasti akan ditanyer di akhirat kelak....

hmm..banyak bende nak ditulis dan nak dikongsikan..tapi tak terluah dengan kata-kata..aishh..macam mane la nih..mungkin saya kene asah lagi pemikiran supaya buah fikiran tuh sentiasa ada..(kene byk baca lagi..hehe)..

sebelum pengakhirannya izinkan saya berkongsi mengenai satu ayat di dalam kitab suci kita iaitu Al-Quran.


"Serulah mereka ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik serta bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang tersesat dari jalanNya dan mengetahui orang yang mendapat petunjuk"
(Surah al-Nahl:125)



Tuhan, Jagalah Hatiku selalu...

Wallahualam....

Aku Tinggalkan Dia Demi ALLAH...

Bismillahirrahmanirrahim..
ader sedikit perkongsian..sy ambil dri ILUVISLAM..:)..hope we can get some benefit from this tazkirah..insyaallah..

Aku Tinggalkan Dia Demi Allah

www.iLuvislam.com
daffodil
Editor : everjihad

Dengan nama Allah
Sebaik-baik Pemberi Ganjaran


Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai pria.
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!

Kau takkan pernah dapat memberi jawapan
Kerna jawapannya bukan di tanganmu
Tetapi di tanganNya.
Di tangan Tuhan kita; Allah
Tuhanku dan Tuhanmu

Gelisahku memikirkan dirimu
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku
Aduhai pria
Maafkan aku.
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu

Jemput diriku pabila waktunya tiba
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia
Akan kucipta cinta bersama Dia
Sebelum kucipta cinta antara kita

Jadilah dirimu kumbang yang hebat
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar

"i've leave him for the sake of Allah"

Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu sayang
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata
Yakinlah!
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti

Dan sesungguhnya hari kemudian
itu lebih baik bagimu
daripada yang sekarang (permulaan).
Dan kelak Tuhanmu
pasti memberikan karunia-Nya kepadamu ,
lalu (hati) kamu menjadi puas.
[Ad dhuha: 4 & 5]

Untuk itu
Aku tinggalkan dirimu padaNya

Sesungguhnya
aku bertawakkal
kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu.
Tidak ada suatu binatang melata
melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya.
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.
(Allah Maha Adil)
[Hud: 56]



usah bersedih atas perpisahan sementara ini
jika benar dia tercipta untukmu
tiada apa yang dapat menghalangnya
sebelum saat itu tiba
berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan
mohonlah padanya dengan penuh mengharap


Yakinlah pada janji Allah!

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)
[An Nur: 26]

Beruntunglah kamu !
tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita
Allah memilihmu sayang
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini

maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
[ As Syams: 8-10]

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:
"Tuhan kami ialah Allah"
kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,
maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:
"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih;
dan gembirakanlah mereka
dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu
[Fussilat:30]

Dan tika kamu merasa lemah
Mohonlah kekuatan dariNya
Allah itu dekat
yakin pasti

Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan,
maka mohonlah perlindungan kepada Allah.
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
[Fussilat:36]

Sayang,
kamu intan terpilih
jagalah kilauanmu sayang
jangan biarkan sang kumbang merosakkannya sebelum yang halal tiba
aku mendoakanmu
sentiasa
~

Karya asal : daffodil At-toriq




Sesungguhnya ALLAH tahu apa yang terbaik untuk kita..usahalah..Insyaallah, ganjarannya dri ALLAH..(peringatan untuk diri sendiri..)

Insya Allah

Insya Allah
Munsyid : Maher Zain
http://liriknasyid.com

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way

Pengirim : mohamad nasyidfm
Sumber: http://sakinah-omar.blogspot.com/2009/09/maher-zai

bertemu kembali..

assalamualaikum..
apa khabar iman semua?..

dah lame betul tak menulis..bile nak menulis je..ade je keje yg mendatang,so terpaksa mendahulukan ape yg lebih penting..

banyak yang terjadi kat tempat praktikal nih..tak sabar rasenyer nak abis..lemah betul jiwa nih..iman pun macam turun naik..kesabaran pun dah di tahap2 yang hujung..
Ya Allah,berilah aku kekuatan untuk menempuh ranjau hidup ini..(bermonolog sendirian pulak..:))..

raser seronok pulak bile tgok blog2 kawan,byk berkongsi something new yg mendatangkan more benefits pd diri kita..jealous pun ade..i'm not so good in writing, so bile nak menulis nih perlukan mase dan perlukan bahan2 yang menarik untuk berkongsi..otak nih pulak dah lame tak disajikan dengan buku2,tazkirah2..so,mmg agak lambat system dalam nih..selamat ader internet kat tmpt keje nih,klu tak makin lambat la system kat otak nih untuk menerima sesuatu yg baru..

di saat lemah sgt iman nih..dpt msg dri kak sah(naqibahku)..msgnyer berbunyi:

Duhai adindaku tersayang, kuatkanlah hatimu menempuh ujian dalam perjalanan ini, percayalah buah hatiku, tiap duri yang kau pijak, terselit permata yang tidak dapat kita lihat kecantikannya..tiap kali kau temui duri itu, mengadulah padaNYA, luahkan isi hatimu, baca dan tadabburlah ayat-ayat intanNYA..INSYAALLAH, dikau akan temui ketenangan yang akan mengubat lukamu..fikirkanlah yang dirimu mampu lakukan..INSYAALLAH..>




thanks kak,..diriku kuat kembali..kerana kata2 yang akak beri tuh sangat bermakna..
semoga aku tabah menghadapai segala dugaan ini, dan tidak terpesong langkahku untuk menuju cita2 di dunia danjug akhirat..InsyaALLAH..






ida,chaiyo2!!..:p

Selepas 6 tahun, ALLAH pertemukan kami...

salam..

alhamdulillah, masih diberi nikmat iman dan Islam dalam meninti kehidupan ini...



hari nih dah hari ke 4 praktikal..alhamdulillah,semua berjalan dengan lancar..mula2 tuh mmg kekok sket,maklumlah tak pernah bekerja..so macam culture shock jugakla..:)..dah diberi projek,buat e-commerce and also mlm..pening jugak..tp takpe,work in group,so boleh keje same2..insyaallah..



minggu lepas terjalin satu ikatan kekeluargaan antara org johor dan terengganu..:) (mi,siap tlis kat blog lagi..hehe)..insyaallah,semoga berkekalan dan mendapat redho Allah..



hari ahad lepas jugak, selepas 6 tahun berkenal-kenal di alam maya, akhirnya Allah pertemukan kami..^_^..



Alhamdulillah, thanks to iman, farah and tikah for the great and beautiful ukhuwah..

seronok sangat waktu tuh..even first time jumpe,tp lagak kita macam dah selalu sangat jumpe..takder rase kekok antara kita...borak2, ketawa, jalan..n tak lupe carik kedai hp..hehe..(sian iman)..itulah satu nikmat bile ukhwah kerana ALLAH..:)..cubelah...



walaupun tak dapat jumpe lame, tp masa yang singkat tuh kite gunakan sebaiknya..:)..rindu pulak waktu tu..



paling sedih waktuh nak berpisah, ish..ish..agak bergenang2 jugak air mata waktu tuh..especially to iman, sebab die paling jauh antara semua..



insyaallah, jika ader masa dan rezeki, we will meet again..insyaallah..



just for Iman, Farah, Tikah..:



Bismillahirrahmanirrahim....

Ya ALLAH,



Sesungguhnya Engkau tahubahwa hati ini telah berpadu berhimpun dalam naungan cintaMu bertemu dalam ketaatan bersatu dalam perjuangan menegakkan syariat dalam kehidupan



Kuatkanlah ikatannya kekalkanlah cintanya tunjukilah jalan-jalannya terangilah dengan cahayamu yang tiada pernah padam Ya Rabbi bimbinglah kami



Lapangkanlah dada kami dengan kurnia iman dan indahnya tawakal padaMu hidupkan dengan ma'rifatMu matikan dalam syahid di jalan Mu Engkaulah pelindung dan pembela








Mana Satu Pilihan Hati...


oleh: aisyahhumaira


Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”

Mak jawab, “dua-dua bukan..”

Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.

“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam.

“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”

Saya memintas, “Tak faham..”


Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..” Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.


Secret Admire

“Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh.. Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai. “Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.


Adakah ia suatu diskriminasi?

“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..


Bukan luar biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. ”

“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”


Redha

“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

http://ntvirus.wordpress.com/2008/10/09/mana-satu-pilihan-hati/

rindu pd housemates


salam...
hmm..harinih abgku bertunang di terengganu..tak dapat nak pegi..uwaaa...mi,jgn lupe nanti

kalau shopping,belikan ida tudung..hehe..(mesti kene marah)

rindu pulak pd housemate kat kuis..kak shu,vna,ct and especially my best friend ever, nurul afzah..

dri sem 1 hinggalah sem 6,tak penah berpisah..makan same2,selalu solat jemaah same2, bile

sorang sakit..semua akan raser sakitnya, bila seorang takder duit..semua takder duit (eh lain

macam je aytnyer,hehe)..itulah my roomates..boleh dikatakan sefikrah denganku..ukhuwah till

akhirah..insyaallah..bagi aku, mungkin tmpatku belajar bukanlah satu nama yang gah, tapi

insyaallah bi'ah kat sane membuatkan diri ini akan terus berjaga-jaga..tak kirelah macam mane

keadaan sekalipun..

next week baru start praktikal,name tercicir..:(...tp Alhamdulillah, dah uruskan semuanya and

company kate next week..so tunggu kedatanganku!!..hehe..

one of my friend said,"keje rajin2 mane tau boleh dapat pekerja terbaik"...(thanks en

soleh)..hehe..insyaallah,i will do that..pray for me..:)

Selamat Hari Raya..

salam..
Praise to Allah for giving us strength, patience and guidance..

lewat pulak nak bukak entry raye..maklumlah busy sangat,tak sempat nak tulis,lagipun mmg tak tau nak tulis ape..:P..

"Kalau nak tengok tv masa raya ni, tengoklah.Tapi kena ingat, bukan ini caranya untuk menyambut Hari Raya. Terlompat-lompat, salam lelaki dan perempuan,menyanyi lagu tah ape2"
Itulah pesan ayahku kepada anak-anaknya setiap kali menjelang Hari Raya Eid Al-Fitr..

setiap kali hari raya kita akan disajikan rancangan2 tv yang tidak mendatangkan sebarang faedah kepada individu dan juga masyarakat..cerita2 yang semuanya berlatarbelakangkan air mata, tiap raye je sumer cite nangis..letih2..knp boleh jadi macam tu?..salah siapa?..saya tak pandai nak tulis panjang2, kat sini saya sertakan satu link blog yang insyaallah boleh memberi byk manfaat pada kita, dan membuatkan kite terfikir sendiri mengenai cara sambutan di hari raya..

linknye: http://aziziabdullah.blogspot.com/2009/09/kesan-calar-aidilfitri-1430.html..

Insyaalah, 29 nih start praktikal..doakan saya ye..actually takut sgt sebenarnyer sebab saya tak pernah bekerja..hmm..moga2 banyak pengalaman yg dpt..pray for me ya..:)..
barakallahufik...

musim peperiksaan..

salam to all..
peace not war..
busy..busy..busy..
minggu peperiksaan menjelma...dah final year nih,so kene struggle sgt2..nak kene jg pointer..taknak jatuh lgi...doakan yer..

moga2 exam kali ni capai tahap yang diidamkan..yerla dalam bulan ramadhan,mst banyak keberkatannye...insyaallah...:)

man jadda wa jadda..
bittaufiq wannajah to me and all my friends..
insyaallah kejayaan akan mengiringi kita semua..

salam sayang dri ku...:)

Ramadhan: Bulan Rahmat, Beramal Soleh dan Berpuasa

Assalamualaikum...
ramadhan kareem...
thanks to ALLAH for the give of IMAN n ISLAM...
maaf sangat dah lame tak menulis,kerana terlalu banyak kerja yang menanti,menunggu..
Hope ALLAH give me the strenghness..

ader sedikit artikel yang diambil dari http://www.harunyahya.com/..
semoga sama-sama dapat ambil pengajaran dan cuba applykan dalam diri kita..insyaallah...


Bulan Ramadhan benar-benar memberikan pulangan yang besar dan ibarat pasar untuk dagangan ke akhirat. Ditamsilkan juga seperti tanah yang subur untuk bercucuk tanam menuju ke sana. Perbuatan yang hidup dan cergas di dalam bulan ini dikiaskan seperti hujan April yang turun pada musim bunga. Bulan ini juga merupakan festival yang amat mulia bagi orang-orang yang mengabdikan diri kepada tuhannya. (The Risale-i Nur Collection, Letters, The Twenty-Ninth Letter).

Seperti yang diungkapkan Bediuzzaman Said Nursi kepada kita melalui kalimat yang indah ini, bulan Ramadhan mempunyai kuasa suci bagi perayaan umat Islam. Umat Islam yang bertakwa dan hidupnya sentiasa mencari keredhaan Allah tidak akan mengabaikan kewajipannya untuk berpuasa sepanjang bulan ini dengan penuh semangat dan keghairahan.
Puasa, seperti yang diwajibkan Allah "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah: 183) dan "...berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" (Surah al-Baqarah: 184) merupakan tugas yang tidak ternilai faedahnya bagi umat Islam. Kewajipan yang dilaksanakan oleh semua umat Islam akan meningkatkan semangat perpaduan di kalangan mereka yang bertebaran di serata alam. Kenyataan ini berdasarkan dengan aktiviti yang dilakukan bersama-sama ini sekaligus menguatkan kekuatan spiritual. Nabi Muhammad s.a.w. juga memperincikan kepentingan Ramadhan seperti berikut:

"Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat... dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah..." (Diriwayatkan Ibn Khuzaymah).

Berpuasa menjadi peluang keemasan bagi orang beriman yang benar-benar takutkan Allah dan kesempatan dimanfaatkan untuk mendekatkan diri pada-Nya. Melaksanakan perintahnya dengan bersabar menahan lapar sepanjang hari selepas melewatkan sahur dan sebelum menyegerakan berbuka menjadi bukti menuntut keredhaan Allah. Disebabkan itulah, orang Islam yang istiqomah mencari keredhaan Allah akan meraikan bulan ini dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Sepanjang bulan ini juga umat Islam akan memastikan setiap langkahnya dipenuhi dengan amalan-amalan yang diturunkan Allah selain menunaikan yang diwajibkan.
Tidak kurang juga mereka yang tidak mengamalkan hidup secara Islami di hari lain akan mengubah perilaku dengan berpuasa sepanjang Ramadhan. Ini kerana mereka percaya Allah akan membersihkan dan menyucikan kesalahan mereka dengan menunaikan kewajipan ini. Dengan itu, secara tidak langsung bulan ini bermakna seseorang itu akan mendekati agamanya dan meninggalkan perbuatan buruk yang dilakukannya.
Bulan ini juga sesungguhnya telah menurunkan kadar jenayah dengan peratusan yang tinggi di seluruh negara Islam. Penipuan, pengkhianatan, fitnah dan umpat mengumpat akan ditinggalkan kerana mereka menyedari akan larangan ketika berpuasa. Semangat dan keazaman mereka untuk berfikir dan melakukan perbuatan baik juga meningkat. Dalam erti kata lain, berpuasa seperti memandu mereka untuk berfikir sesuatu yang tidak pernah terlintas langsung di minda mereka. Bagi sesetengah individu pula, bulan ini digunakan untuk berehat sambil melakukan amal yang soleh dan perbuatan mulia.
Di dalam kalimat yang lain, Bediuzzaman Said Nursi menerangkan bagaimana semua pancaindera orang berpuasa beralih arah dalam pengabdian:

Kejayaan yang bermakna ketika berpuasa ialah dengan menjadikan semua pancaindera dan organ seperti mata, telinga, hati, dan fikiran turut sama berpuasa bersama-sama perut. Dengan ini akan mengelakkannya dari melakukan perkara yang sia-sia dan mendorongnya melakukan amalan pengabdian.

Salah satu hikmah dari berpuasa ialah membolehkan seseorang itu menzahirkan kesyukuran di atas segala rahmat yang Allah limpahkan. Musibatlah bagi mereka yang menggunakan sewenangnya rahmat Allah tetapi tidak tahu untuk berterima kasih pada yang memberi. Bagi mereka semua rahmat ini merupakan hak yang memang patut diterimanya. Allah banyak menyarankan kepada hamba-Nya di dalam Al-Quran supaya sentiasa bersyukur di atas rahmat yang dikurnai-Nya. Allah juga berjanji akan melipatgandakan rahmat bagi mereka yang bersyukur.
Orang yang berpuasa juga akan dilindungi Allah dari segala hasutan syaitan untuk melupakan manusia dari bersyukur. Mereka yang tidak pernah merenung untuk berfikir berapa banyak kurniaan yang telah Allah turunkan akan mula mengucapkan syukur berulang kali di atas segala peluang dan kesihatan yang dikecapinya. Bediuzzaman Said Nursi megatakan bahawa berpuasa di bulan Ramadhan adalah "kunci kepada kebenaran, keikhlasan, kemuncak dan kesejagatan syukur".
Tambahan pula, mereka yang berpuasa akan merasai betapa kerdilnya dirinya di hadapan Allah dan memahami betapa perlunya dirinya kepada Allah. Segala desakan nafsunya menjadi lemah dan kesombongannya bertukar luntur. Memetik dari buku Bediuzzaman Said Nursi:

Bulan Ramadhan akan mengubah jiwa naluri seseorang. Dari sekaya-kaya menjadi semiskin-miskin kerana memahami bahawa harta itu bukan miliknya malah kepunyaan semua orang. Dirasakan juga dirinya tidaklah merdeka tetapi adalah hamba. Diketahui sekiranya tidak diterima sebarang arahan, tidak akan berupaya melakukan sebarang kerja mudah dan senang ibarat tidak dapat menyentuhkan tangan ke dalam air.

Selain pelbagai faedah yang diperolehi dari berpuasa, kesabaran juga antara karakter yang boleh dipupuk dan meyakini kesengsaraan itu mendidik untuk memajukan seseorang. Sebab itulah Bediuzzaman Said Nursi mengatakan: "puasa itu merupakan penawar bagi mereka yang kurang kesabaran dan kurang ketahanan walaupun digabungkan masalah dua orang dalam satu individu". Semua ganjaran yang Allah janjikan akan dikurniakan bagi mereka yang memenuhi kewajipan dengan berpuasa untuk meningkatkan keimanan kepada-Nya. Semua ganjaran ini merupakan balasan di atas ketaatan kepada agama yang dilakukan dengan penuh semangat walaupun orang lain tidak tahu betapa payahnya ketika berhadapan dengan kelaparan ini.Apa yang dijelaskan tidaklah merangkumi semua faedah yang diperolehi dari bulan Ramadhan dan puasa. Ada banyak lagi kebaikan yang tidak kita ketahui atau tidak dihargai tetapi Allah tetap mengurniakannya pada kita di sebalik kewajipan puasa itu.

13.8.2009....

assalamualaikum...
esok nak present Final Year Project..
so,wish me luck ya..
tak boleh nak tulis banyak-banyak,sebab kejar masa..:)
doakan saya...

esok nak balik


assalamualaikum..

esok nak balik..:(..:(
tuh yang tak boleh duduk rumah lame2..memang sedih nak balik semula..
thanks for my mak n baba coz give me a lot of love..

13/8/2009 penentu final projectku..sama ada supervisor suke akan crossword puzzle game ku atau tidak,ku serahkan pada ALLAH...moga ALLAH permudahkan perjalananku esok hari dan hari2 yang seterusnya..

back to the topic..:P...semoga perjalanan esok dirahmati ALLAH..penat sgt nih..raser macam tak larat nak drive..
doakan saya..

p/s:actually tak pandai sgt nak menulis,so minta maaf klu ade kekurangan pd diriku....

Ya Allah, peliharalah jiwa dan hatiku...
Fi-Mardhatillah..

Final Project!!!



my final project still in progress...


everyday..laptop..laptop..laptop..laptop...


macam nak naik juling mataku...huhu..


semoga cepat siap...

wish me luck..

bittaufiq wannajah to me..:)

::Sekilas Pandang::


Diriku

selalu leka, selalu hayal, terlalu lagha dalam kehidupan dunia yang mencabar ini..

semoga ALLAH sentiasa bersamaku dan masih memberiku peluang untuk kembali kejalanNYA

Tuhan...
Jagalah HATIKU selalu...