Peranan Hati

Sabda Rasulullah S.A.W:

"Sesungguhnya dalam jasad manusia itu ada segumpal daging bila keadaannya baik maka baik pula seluruh anggotanya dan bila rosak, rosak pula seluruh anggota badannya. Ketahuilah bahawa itu adalah hati."


Kata-kata Imam Ghazali r.h:

"Sesungguhnya manusia ini menyediakan dirinya bagi ma'arifah adalah dengan hatinya dan bukannya dengan sebarang anggota badannya. Maka hatilah yang mengetahui Allah, mendekati-Nya dan bekerja keranaNya. Hatilah yang menuju kepada Allah. Dan sesungguhnya anggota badan itu adalah pengikut, pelayan dan alat yang dipergunakan oleh hati.

"Hati yang diterima Allah adalah apabila ia selamat sejahtera daripada selain Allah. Hati itu terdinding daripada Allah apabila ia bergantung kepada selain Allah.

"Hatilah yang mencari dan hatilah yang berbicara. Hatilah akan rasa bahagia apabila dekat kepada Allah. Hatilah yang taat setia kepada Allah. Dan ibadah-ibadah yang terhasil pada anggota badan dan segala sifat terpuji itu adalah lahir daripada hati.

"Dengan gemerlap dan bersinarnya hati maka lahirlah kebaikan. Dengan gelapnya hati maka lahirlah kejahatan. Apabila manusia telah mengenali hatinya maka dia akan kenal dirinya, maka akan kenal Tuhannya."



Tuhan, Jagalah Hatiku Selalu....

Wallahualam...

0 komentar:

Catat Ulasan

::Sekilas Pandang::


Diriku

selalu leka, selalu hayal, terlalu lagha dalam kehidupan dunia yang mencabar ini..

semoga ALLAH sentiasa bersamaku dan masih memberiku peluang untuk kembali kejalanNYA

Tuhan...
Jagalah HATIKU selalu...