Peranan Hati

Sabda Rasulullah S.A.W:

"Sesungguhnya dalam jasad manusia itu ada segumpal daging bila keadaannya baik maka baik pula seluruh anggotanya dan bila rosak, rosak pula seluruh anggota badannya. Ketahuilah bahawa itu adalah hati."


Kata-kata Imam Ghazali r.h:

"Sesungguhnya manusia ini menyediakan dirinya bagi ma'arifah adalah dengan hatinya dan bukannya dengan sebarang anggota badannya. Maka hatilah yang mengetahui Allah, mendekati-Nya dan bekerja keranaNya. Hatilah yang menuju kepada Allah. Dan sesungguhnya anggota badan itu adalah pengikut, pelayan dan alat yang dipergunakan oleh hati.

"Hati yang diterima Allah adalah apabila ia selamat sejahtera daripada selain Allah. Hati itu terdinding daripada Allah apabila ia bergantung kepada selain Allah.

"Hatilah yang mencari dan hatilah yang berbicara. Hatilah akan rasa bahagia apabila dekat kepada Allah. Hatilah yang taat setia kepada Allah. Dan ibadah-ibadah yang terhasil pada anggota badan dan segala sifat terpuji itu adalah lahir daripada hati.

"Dengan gemerlap dan bersinarnya hati maka lahirlah kebaikan. Dengan gelapnya hati maka lahirlah kejahatan. Apabila manusia telah mengenali hatinya maka dia akan kenal dirinya, maka akan kenal Tuhannya."



Tuhan, Jagalah Hatiku Selalu....

Wallahualam...

huhu..lame tak menulis...

Assalamualaikum...
apa kabr iman kawan2 semua..dah lame tak menulis..bukan takder ape yang hendak dituliskan..ade tuh mmg ade tp kadang2 bile dah mengadap blog nih,tbe2 mood utk menulis tuh takder..dan otak yang penuh dengan bahan untuk diluahkan tbe2 juga menjadi kosong seperti tak pernah berfikir..adakah disebabkan kurang membaca sekarang ni?emm..mungkin juga..



and one of the reason sebab takut org yg membaca nih tak dapat ape2 manfaat dri penulisan ni..bukanlah niat saya nak buat blog nih untuk menceritakan sesuatu benda tanpa org lain mendpt manfaatnya..huhu..Semoga Allah kekalkan niatku ini...yerla ape yg kite buat sekarang nih,pasti akan ditanyer di akhirat kelak....

hmm..banyak bende nak ditulis dan nak dikongsikan..tapi tak terluah dengan kata-kata..aishh..macam mane la nih..mungkin saya kene asah lagi pemikiran supaya buah fikiran tuh sentiasa ada..(kene byk baca lagi..hehe)..

sebelum pengakhirannya izinkan saya berkongsi mengenai satu ayat di dalam kitab suci kita iaitu Al-Quran.


"Serulah mereka ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik serta bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang tersesat dari jalanNya dan mengetahui orang yang mendapat petunjuk"
(Surah al-Nahl:125)



Tuhan, Jagalah Hatiku selalu...

Wallahualam....

::Sekilas Pandang::


Diriku

selalu leka, selalu hayal, terlalu lagha dalam kehidupan dunia yang mencabar ini..

semoga ALLAH sentiasa bersamaku dan masih memberiku peluang untuk kembali kejalanNYA

Tuhan...
Jagalah HATIKU selalu...